Monday, November 2, 2020

Projek Cerita Buruj Tahun 6

 Kenali Buruj

Apakah Buruj?

  • Buruj ialah Gugusan bintang yang kelihatan membentuk suatu corak di langit.
  • Terdapat 88 buruj yang ditetapkan secara rasmi oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IUA)
  • Terdapat 4 buruj yang perlu diketahui dan mudah dilihat
  • Kegunaan buruj adalah sebagai petunjuk arah kepada pengembara dan pedagang dalam sesuatu perjalanan atau pelayaran serta sebagai petunjuk musim kepada petani di kawasan 4 musim sebagai petunjuk musim menanam dan musim menuai
  • Kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa membolehkan kita melihat buruj-buruj di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Jenis-Jenis Buruj👇
 
1. Buruj Belantik

                                                 
  •  Buruj Belantik merupakan salah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam. 
  • Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang. 
  • Buruj Belantik muncul di langit di antara bulan Disember- Febuari pada  hemisfera utara dan selatan.

2. Buruj Pari 


  • Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenal pasi dilihat pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.
  •  Buruj Pari terdiri daripada empat bintang yang tersesun berbentuk corak seperti layang-layang.
  • Muncul antara April - Jun pada pukul 8-10 malam.


3. Buruj Biduk


  • Buruj Biduk ialah gugusan tujuh bintang. 
  • Buruj Biduk membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan tangkainya. 
  • Buruj Biduk muncul dilangit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara.
  • Muncul antara April - Jun pada jam 8-10 malam.


4. Buruj Skorpio

  • Buruj Skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.
  • Buruj Skorpio muncul dilangit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.
  • Muncul antara Jun - Ogos pada jam 8- 10 malam.

Kegunaan Buruj 

  1. Pelayar dan pegembara menggunakan buruj untuk menunjukkan arah.
  2. Petani menggunakan buruj untuk menandakan tibanya musim menanam dan menuai.
  3. Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji bintang





1 comment:

Projek Cerita Buruj Tahun 6

 Kenali Buruj Apakah Buruj? Buruj ialah Gugusan bintang yang kelihatan membentuk suatu corak di langit. Terdapat 88 buruj yang ditetapkan se...