Kenali Buruj
Apakah Buruj?
- Buruj ialah Gugusan bintang yang kelihatan membentuk suatu corak di langit.
- Terdapat 88 buruj yang ditetapkan secara rasmi oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IUA)
- Terdapat 4 buruj yang perlu diketahui dan mudah dilihat
- Kegunaan buruj adalah sebagai petunjuk arah kepada pengembara dan pedagang dalam sesuatu perjalanan atau pelayaran serta sebagai petunjuk musim kepada petani di kawasan 4 musim sebagai petunjuk musim menanam dan musim menuai
- Kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa membolehkan kita melihat buruj-buruj di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Jenis-Jenis Buruj👇
1. Buruj Belantik
- Buruj Belantik merupakan salah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam.
- Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang.
- Buruj Belantik muncul di langit di antara bulan Disember- Febuari pada hemisfera utara dan selatan.
2. Buruj Pari
- Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenal pasi dilihat pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.
- Buruj Pari terdiri daripada empat bintang yang tersesun berbentuk corak seperti layang-layang.
- Muncul antara April - Jun pada pukul 8-10 malam.
3. Buruj Biduk
- Buruj Biduk ialah gugusan tujuh bintang.
- Buruj Biduk membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan tangkainya.
- Buruj Biduk muncul dilangit pada waktu malam di sebelah hemisfera utara.
- Muncul antara April - Jun pada jam 8-10 malam.
4. Buruj Skorpio
- Buruj Skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.
- Buruj Skorpio muncul dilangit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.
- Muncul antara Jun - Ogos pada jam 8- 10 malam.
Kegunaan Buruj
- Pelayar dan pegembara menggunakan buruj untuk menunjukkan arah.
- Petani menggunakan buruj untuk menandakan tibanya musim menanam dan menuai.
- Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji bintang